Qurratul_Aini

Wednesday, May 10, 2006 at 11:54 AM

Resepi:Keropok Lekor

BAHAN-BAHAN

1kg isi ikan
1kg tepung kanji (tepung ubi)
1 bungkus mauripan
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil sebuk bikarbonat
sedikit garam
sedikit air

CARA MEMBUATNYA

1. Mula-mula,isi ikan dikisar sampai halus bersama tepung ubi dan air. ( Jangan terlalu halus..kurang sedap..air jgn terlalu byk..agak2 boleh untuk dikisar je).

2. Masukkan sedikit garam,serbuk penaik dan serbuk bikarbonat serta mauripan..kisar lagi.

3.Kemudian tuang ke dalam bekas acuan..digaul sekali lagi bersama sedikit tepung ubi sehingga
tidak melekat pada tangan.Jangan terlalu byk tepun ubi supaya isi akan dapat dirasa apabila
dah menjadi keropok..

4. Kemudian ambil sedikit acuan tadi dipital menjadi panjang seperti keropok lekor yang dijual di
pasaran..

5. Didihkan air dalam periuk,kemudian masukkan keropok tadi...apabila masak,keropok tadi
akan terapung dipermukaan air..Kemudian bolehlah diangkat..

6. Bolehlah dimakan dicicah dgn sos atau sebagainya..jika anda suka menggoreng..pastikan
keropok tadi sejuk terlebih dahulu barulah dipotong..

Selamat Mencuba Kawan-kawan...

Blogger Surayu said...

Terima kasih untuk resepi ni..bakal dicuba, insyaallah.  

~

Blogger SABERI said...

aslmkm...
apa bezanya mauripan, serbuk penaik dan baking powder. rasanya semua sama fungsinya.  

~

Blogger Imtiaz Ahmad Mohd Zohdi said...

kenapa nak digaul sekali harunng ikan, tepung ubi dll, kalau ikan yang dah hancur kemudian di campur dgn tepung boleh juga kan? Ini mengurangkan comot pada mixer (blender/pengiling ikan). Aneh nya kenapa tidak ditambah dengan tepung jagung (ini akan menjadikan lebih lembut) dan untuk penaik gunakan 'ammonia' lebih mantap lembutnya.  

Post a Comment

Saja Letak